Tuesday, July 28, 2009

LAWATAN VIP KE SEKOLAH

VIP telah melawat ke sekolah untuk mengetahui keadaan sekolah kami.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ulu Tiram merupakan salah sebuah sekolah Tamil di negara kita dari keseluruhan hampir 523 sekolah yang wujud pada zaman penjajah. Sekolah ini terletak di sebuah ladang getah pada asalnya dan berhampiran dengan kawasan penempatan pekerja ladang. Kawasan sekolah yang berhampiran dengan kawasan penempatan memudahkan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Sekolah yang dibina pada tahun 1947 oleh pihak Inggeris merupakan salah satu kemudahan asas yang disediakan oleh pihak penjajah kepada anak-anak pekerja ladang dalam usaha mengekalkan sistem pemerintahan pecah dan perintah. Selain sekolah Tamil pihak kerajaan Inggeris juga menyediakan kedai todi dan kuil dalam usaha untuk mengawal perkembangan minda agar para pekerja ladang tidak menerima pengetahuan luar dan bertindak menentang Inggeris.

Sekolah ini dikenali sebagai “National Type Ulu Tiram Tamil Malayalam School” dan terletak dalam kawasan ladang getah. Ladang Ulu Tiram ( Ulu Tiram Estate) ini seluas 3500 ekar dengan kedudukan bentuk muka bumi yang berbukit-bakau. Ladang ini terletak dalam Mukim Tebrau, Daerah Johor Bharu, Johor Darul Darul Ta’Zim. Bandar-bandar terdekat dengan kawasan ladang ialah Bandar Kulai yang terletak di kawasan Barat Daya, Kota Tinggi di kawasan Utara, Ulu Tiram di kawasan Timur dan Johor Bharu di sebelah Barat 1
.
Kawasan-kawasan perkampungan yang terletak berhampiran ladang ini ialah kampung Bentara Dalam, Kampung Murni, Kampung Makmur, Kampung Kubur dan Kampung Oren. Hanya beberapa buah kampung ini sahaja berada pada jarak terdekat dengan kawasan ladang ini. Hanya ada satu blok bangunan dengan 5 buah bilik darjah yang berfungsi sebagai sekolah.

Sekolah ini sahaja berfungsi sebagai gedung ilmu kepada generasi pekerja ladang ini. Bangunan kayu satu blok yang menerajui fungsi sebagai penyebar ilmu pada suatu ketika dahulu kini telah dan akan berubah wajah selaras dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan pendidikan terbaik kepada genarasi masa hadapan. Perubahan wajah dalam tempoh lebih kurang 60 tahun akan memberi nafas baru kepada masyarakat setempat. Sesungguhnya pembangunan tersebut adalah hasil daripada penerimaan rakyat terhadap segala program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan nasional.